
30 May jam 0730 pagi:
Cikgu Zubair, Nur Syarina, Aisyah dan Encik Nasir selaku pemandu jalan (guide) bertolak ke Gunung Mat Chinchang. Tujuan ialah untuk menanda trek bagi Mat Chinchang Trail Blazer 2008. Perjalanannya.... eemmm... mula-mula dah kena naik 376 anak tangga ke Telaga Tujuh. Aduhhhh.... trauma tengok tangga... Ingatan terhadap 4200 anak tangga Gunung Raya tak hilang lagi. Sampai di Telaga Tujuh, suasana amat nyaman sekali. Air terjun sungguh indah. Disambut pula dengan kicauan burung dan unggas rimba. Berhenti seketika membasuh muka, kemudian meneruskan perjalanan.

Tempat perhentian pertama ialah Kem Saintis yang terletak kira-kira 400 meter dari paras laut. Dah penat juga. Perjalanan diteruskan lagi. Kami tiba di Kem Mat Pauh yang letaknya kira-kira 1 km dari kem Saintis. Malangnya Kem Mat Pauh telah musnah ditimpa pokok besar. Kami terpaksa menyusur di bawah pokok-pokok yang tumbang serta akar-akar kayu dan rotan yang berselirat. Sungguh memenatkan. Syarina sudah kehilangan semangat. Letih sungguh........

Perjalanan diteruskan juga. Jam 9.00 kami tiba di Kem Tok Ayah. Tinggginya kira-kira 1200 kaki dari paras laut. Sungguh menggerunkan dengan suasana yang gelap kerana hutan tebal. Kami berhenti rehat dan menjamah bekalan. Hampir 30 minit berehat, kami meneruskan perjalanan. Tiba-tiba Encik Nasir memaklumkan bahawa hujan akan turun dan dijangka lebat. Perjalanan akan menjadi sukar kerana trek licin dan gelap.
Benar..!!! Kira-kira lima belas minit kemudian, hujan turun dengan lebat. Keadaan menjadi gelap walaupun baru pukul 10 pagi. Kami berpatah balik sertamerta. Tiba di Kem Tok Ayah dan kami berehat sementara menunggu hujan reda. Kira-kira jam 11 pagi hujan mulai reda dan kami terpaksa berpatah balik kerana trek sangat licin. Air mengalir deras disepanjang trek. Sungai yang tadinya kering, kini menjadi air terjun dan jeram yang ganas.

Kami terpaksa berhati-hati menyeberangi sungai kerana airnya sangat deras. Tersilap langkah, maut!!!. Kira-kira jam 1145 pagi, kami tiba di Telaga Tujuh. Ya Allah..... kagumnya kami melihat keadaan yang telah bertukar. Sungai yang tadinya mengalir lesu kini mengaum dengan hebatnya. Tersalah langkah, arwah...! Kami terpaksa mencari jalan selamat untuk melintasi sungai. Akhirnya dengan adanya sebatang pokok tumbang, kami berjaya menyeberangi sungai dan sampai keseberang...... lepas tu balik, tengok air tejun.....
Gambar... hhmmmm... kamera basah... habis semua.... yang aku upload ni gambar dari handphone saja !!!!
No comments:
Post a Comment