Pesta Pantun 2008 Sekolah-sekolah Menengah Daerah Langkawi telah diadakan pada 12 Jun 2008 bertempat di Dewan Seri Semerbak SMK Kedawang, Langkawi. Sebanyak lima buah sekolah telah mengambil bahagian iaitu SMK Tunku Putera, SMK Kedawang, SMK Kelibang, SMK Ayer Hangat dan SMK Langkawi Pulau Tuba. Pertandingan yang pertama kali diadakan ini bertujuan untuk memilih wakil Daerah Langkawi ke peringkat Negeri Kedah. Pertandingan sengit berlangsung selama empat jam dan SMK Kedawang telah berjaya menjadi johan. Ia juga terpilih bagi mewakili daerah Langkawi ke peringkat negeri Kedah. Gelaran Pemantun Terbaik Keseluruhan juga menjadi milik wakil dari SMK Kedawang.
Wakil SMK Kedawang bersama guru pengiring:
Muhammad Hamizan
Nurul Izzati
Nurul Izzati
Anisah Sulaiha
Mohamad Rahil


No comments:
Post a Comment