24-26 Januari 2009 Bertempat di Barkat Homestay, Selat Bagan Nyior, Langkawi, Kelab Rekreasi dan Kelab Alam Sekitar SMK Kedawang telah mengadakan satu perkhemahan dan ekspedisi menjelajah Pulau Dayang Bunting/Selat Bagan Nyior. Kem ini disertai oleh 38 orang pelajar, 8 orang guru pembimbing dan 5 orang fasilitator termasuk dari JPA 3 Langkawi.
Perkhemahan ini telah berjaya memupuk semangat kerjasama, tolong menolong serta hormat menghormati diantara sesama peserta, jurulatih dan pembimbing. Peserta juga telah berjaya mengharungi cabaran alam seperti mendaki bukit dan meredah hutan.
Perjalanan Aktiviti:
Aktiviti bermula seawal jam 0700 pagi 24 Januari dimana semua peserta berkumpul di SMK Kedawang dan menaiki bas ke Jeti Pelancongan Kuah. Seterusnya peserta menaiki bot laju ke Selat Bagan Nyior. Perjalanan mengambil masa kira-kira 15 minit.
Sejurus tiba, peserta dan guru pengiring terpaksa berjalan sejauh kira-kira 1 km ketapak perkhemahan. Namun begitu dengan semangat yang tinggi, peserta sungguh gembira. Barang-barang terpaksa diangkut dengan bot laju yang lebih kecil. Nasib menyebelahi kami kerana pada masa itu air sedang pasang dan ini membantu memudahkan kerja memunggah barang.
Semangat kerjasama dan gotong royong jelas kelihatan apabila semua peserta saling bantu membantu menurunkan barang-barang dan menyediakan tapak perkhemahan. Seterusnya peserta membuat persediaan untuk makan tengahari. Ada peserta yang baru pertama kali merasa pengalaman memasak sendiri terutamanya peserta tingkatan satu. Namun begitu mereka tetap berusaha untuk memberikan yang terbaik. Selepas menikmati makan tengahari ditepi laut dengan hembusan bayu yang menyegarkan, peserta berehat keletihan.
Cuaca panas terik menyebabkan program pada tengahari ditangguhkan ke sebelah petang. Pada petangnya peserta dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan menjelajah ke kampong Selat Bagan Nyior manakala satu kumpulan lagi bergotong royong menyediakan “kerabu beronok” untuk makan malam.
Aktiviti menyediakan kerabu beronok diketuai oleh Pn Shidah dan Pn Barkat (pemilik chalet). Guru-guru pengiring juga berkesempatan melihat bagaimana cara mencari beronok, membersih serta menyediakan kerabu.
Malam….. Selepas selesai solat dan makan malam, Cik Nurul Aini, Cik Nor Yusrina, Encik Shawkie, Encik Nazri, Pn Meriyah telah bergabung tenaga mengadakan aktiviti kepada para pelajar. Aktiviti yang dilakukan untuk menanamkan sifat kerjasama dan bertanggungjawaba antara satu sama lain dikalangan peserta. Dalam aktiviti ini peserta dibahagikan secara berkumpulan, ditutup mata dan diarahkan berpegangan antara satu sama lain. Kemudian mereka dibawa berjalan melalui beberapa halangan. Disini dilihat bagaimana perlunya seorang peserta itu mematuhi arahan supaya keseluruhan kumpulannya berada dalam keadaan selamat.
Awal pagi 25 Januari 2009….. Dengan diketuai oleh Pn Barkat, peserta mengadakan senamrobik. Begitu juga dengan guru-guru pengiring, tidak ketinggalan untuk sama-sama bersenamrobik. Bermacam aksi dan telatah lucu dapat dilihat ketika program ini diadakan. Ini sebagai persediaan untuk membuat trekking ke Pantai Pasir Dagang yang jauhnya kira-kira 4 km dari tapak perkhemahan. Jam 8 pagi, pegawai-pegawai dari JPA3 seramai 2 orang telah tiba bagi membantu ekspedisi ini. Setelah persiapan rapi, kira-kira jam 9 pagi, peserta bertolak ke Pantai Pasir Dagang.
Perjalanan ke Pantai Pasir Dagang diketua oleh Encik Rashid dan Pn Barkat serta diiringi oleh En Nazri, Tok Wan, JPA3 serta guru-guru pengiring yang lain. Tiga buah bukit terpaksa didaki untuk sampai ke destinasi. Namun begitu, semangat juang yang tinggi tidak menghalang peserta meneruskan aktiviti. Kira-kira sejam perjalanan, kami tiba di destinasi. Kesempatan diambil untuk melepaskan lelah. Pantai yang bersih serta air yang kebiruan bagaikan menggamit kami yang tidak sabar-sabar lagi untuk berendam. Kami mengambil kesempatan untuk bergambar serta mandi. Bagi sesetengah peserta, cukuplah dengan menikmati pemandangan indah dipantai ini. Mungkin ada memori lain dalam kenangan.
Tok Wan, selaku orang tua dalam ekspedisi ini telah memberikan beberapa petua kepada guru pengiring. Beliau juga menunjukkan pokok-pokok yang boleh digunakan dalam perubatan tradisional serta bagaimana mendapatkan air dari akar pokok. Semua ini amat berguna dalam ekspedisi terutamanya di hutan.
Selepas kira-kira sejam berada di Pasir Dagang, kami bertolak pulang. Perjalanan pulang jauh lebih mencabar dari perjalanan pergi. Kami berjalan menyusur pantai dan mendaki 2 bukit. Kami terpaksa merentas lorong hutan yang ditumbuhi oleh pokok-pokok berduri terutamanya pokok rotan. Anugerah alam dapat dilihat. Walaupun cuaca panas dan kemarau, namun beberapa tumbuhan yang jarang ada ditempat lain tumbuh subur disini. Antaranya ialah sejenis cendawan. Alhamdulillah tidak seorang pun peserta yang tercedera. Pn Barkat sekali lagi menunjukkan kemahirannya mendapatkan air minuman dari rotan.
Selepas kira-kira sejam meredah hutan belukar, kami tiba di tapak perkhemahan. Tanpa rehat, peserta terus memasak untuk makan tengahari. Disini dapat dilihat cabaran sebenar. Ada peserta yang sudah tidak bermaya lagi. Namun, perut perlu diisi.
Petangnya, dengan dibantu oleh En Rashid, En Nazri, serta fasilitator, peserta telah bergotong royong membersihkan masjid dan tanah perkuburan di Kampung Selat Bagan Nyior. Penduduk setempat juga tidak ketinggalan. Semangat tinggi telah ditunjukkan oleh peserta perkhemahan walaupun keletihan selepas mendaki bukit pada paginya. Kesempatan ini juga digunkan untuk beramah mesra dengan penduduk setempat.
Malam….. masing-masing keletihan. Namun kebijaksanaan guru-guru pengiring dan fasilitator berjaya menghillangkan keletihan masing-masing. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan terutamanya “Nazam Kasih Ibu “ dari Puan Meriyah amat menyentuh hati. Ramai peserta yang menangis terharu. Selepas itu peserta diuji keberanian masing-masing dengan aktiviti berjalan malam berseorangan. Amat mencabar hinggakan ada peserta yang tidak mampu berjalan kerana ketakutan. Namun begitu peserta ini berjaya juga mengatasi ketakutannya. Diakhir aktiviti beberapa peserta telah “dihilangkan”. Ini menimbulkan kekecohan dan gelabah dikalangan peserta. Satu gerakan mencari dilancarkan sertamerta. Tujuan aktiviti ini adalah untuk melihat sejauh mana tanggungjawab mereka kepada rakan sepasukan. Selepas beberapa minit mencari rakan-rakan mereka berjaya “ditemui” semula. Ini membuktikan bahawa mereka telah berjaya membina sikap tanggungjawab dan bantu-membantu antara satu sama lain. Peserta hanya dibenarkan tidur pada kira-kira jam 3 pagi selepas semua rakan mereka berjaya “berjaya ditemui”.
26 Januari…. Kami membuat persediaan untuk bertolak pulang. Jam 11 pagi, bot tiba dan bertolak ke jeti pelancongan Langkawi. Semua peserta selamat bersurai pada jam 1.30 tengahari.

1 comment:
CONGRATULATION TO KELAB REKREASI FOR THIS X.P.D.C AT SELAT BAGAN NYIOR
Post a Comment