Friday, June 20, 2008

Bendera SEMERBAK di Puncak Mat Chinchang

Setelah 2 minggu menanti keadaan cuaca agar mengizinkan dan berlatih, maka hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Dengan diiringi oleh Encik Zubair, Cik Hjh Fatimah, Pn Bismi Abdul Karim, Pn Shureeza Faris, Encik Azmi Hussin selaku Penolong Kanan Ko Kurikulum, serta dipandu oleh juru pandu, Encik Mohd Nasir, maka hari ini 20 Jun, seramai 40 orang peserta Kelab Rekreasi SMK Kedawang menjadi sekolah yang pertama di Malaysia mendaki secara rasmi Gunung Mat Chinchang sejak ia diisytiharkan sebagai Geoforest Park yang pertama di Asia Tenggara.

The Matchinchang Cambrian:
Machinchang Cambrian Geoforest Park hosts the oldest geological formation in Malaysia known as the Machinchang Formation (550 milion years old). Among the important geosites in the park are Teluk Datai (where the oldest grains of sand rest), Pantai Tengkorak (where old continent has been submerged-exhibiting text book examples of sedimentary structures). Tanjung Buta/Pulau Jemuruk (graveyards of the oldest life forms in the country) and Tanjung Sabung (where the limestone succeeds sandstone). Also located within this park are some natural wonders resulted from recent geological process such as the Temurun and Telaga Tujuh Waterfall, remnant islands of Anak Burau and Anak Datai, and beautiful beaches in Teluk datai and Pantai Kok. The Machinchang peak exhibits peculiarly chopped sandstone that has often been related to the old folk myth of the brawl between two giants, the Matchinchang and Mat Raya. The Machinchang ridges can be classified as one of the most beautiful landscape in the islands. (Copyright © 2006 Langkawi Development Authority (LADA). All rights reserved.)


Perjalanan bermula seawal jam 0500 pagi dimana peserta bangun untuk qiyamullail, solat Subuh dan seterusnya menjalani senaman pagi. Tepat jam 0700 pagi, peserta bertolak ke Telaga Tujuh dengan bas. Tiba di Telaga Tujuh jam 0730 pagi dan bersarapan. Jam 0800 peserta mula mendaki.



Perjalanan mendaki amat lancar kerana cuaca sungguh baik. Peserta berhenti sebentar untuk berehat di Telaga Tujuh sebelum meneruskan perjalanan ke Kem Saintis. Peserta tiba di Kem Saintis kira-kira jam 0830 pagi dan terus ke Kem Mat Pauh. Kicauan unggas rimba menyambut peserta hingga ke perhentian terakhir iaitu Kem Tok Ayah.


Di Kem Tok Ayah, peserta membuat persiapan rapi untuk mendaki. Malangnya selepas bertolak, seorang peserta telah jatuh sakit. Ini adalah kerana kegagalan beliau melaporkan keadaan kesihatannya sebelum mendaki. Peserta terpaksa ditinggalkan di Kem Tok Ayah bersama dengan seorang guru pengiring. Namun begitu peserta lain tetap meneruskan perjalanan. Mereka tiba di puncak Gunung Mat Chinchang kira-kira jam 1200 tengahari.


Pelbagai spesis tumbuhan dan batuan yang jarang terdapat ditempat lain dapat ditemui sepanjang perjalanan. Cikgu Azmi juga memberikan sedikit penerangan berkaitan dengan geografi gunung Mat Chinchang.



Kegembiraan jelas terbayang diwajah peserta. Segala kesukaran ketika mendaki lenyap. Tidak dapat dibayangkan nikmat anugerah Allah setelah tiba di puncak dan dapat melihat alam yang luas terbentang. Kegembiraan jelas terbayang diwajah peserta dan guru pengiring. Selepas bergambar dan berada kira-kira sejam di atas puncak gunung, peserta membuat persiapan untuk turun.
Perjalanan untuk turun adalah jauh lebih sukar kerana peserta terpaksa bergerak dengan amat berhati-hati. Ini adalah kerana kecuraman laluan hingga mencapai tahap 80 darjah. Tersilap langkah, boleh mengundang malapetaka. Tetapi hasil kecekapan Encik Nasir dan latihan kepada para peserta, semua selamat turun dan tiba di Telaga Tujuh kira-kira dua jam kemudian.



Di Telaga Tujuh, peserta dibenarkan mandi sepuas-puasnya. Selepas makan tengahari, kira-kira jam 0300 petang, peserta bertolak balik dan tiba di SMK Kedawang 30 minit kemudian. Selepas mengemaskan barang-barang, peserta bersurai dengan seribu kenangan indah.
Terima kasih dan penghargaan:
  • Tn Hj Marzuki Daud - Pengetua, SMK Kedawang
  • 9W2 CMN - Encik Mohd Noor (Guide)
  • 9W2 YRS - Encik Yusof Nayan (SMK Kedawang)
  • 9W2 CPB - Encik Mangsor Ahmad (Polis Bantuan LADA)
  • Encik Zainuddin - Hospital Langkawi
  • Encik Azri Hafiz Aslan - JPA 3 Langkawi
  • Encik Marzuki Adam - Cenderawasih Tuition Center
  • 9W2 SKI - Encik Shauki
  • Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan aktiviti ini.

Tuesday, June 17, 2008

Kuiz Pelancongan 3P: SMK Kedawang Naib Johan

Kuiz Pelancongan 3P yang dijalankan secara serentak di seluruh negara hari ini (17 Jun 2008). Peringkat daerah Langkawi di sertai 7 buah sekolah. SMK Kedawang mendapat tempat kedua dengan jumlah 149 mata manakala SM Teknik Langkawi 151 mata, hanya perbezaan 2 mata. Namun begitu peserta terbaik keseluruhan ialah Adik Nurul Izzati Che Mansor dari SMK Kedawang dengan mata 36.

Friday, June 13, 2008

Senarai nama Mat Chinchang Geoforest Trail Blazer

Berikut adalah senarai nama pelajar yang beminat menyertai Mat Chinchang Geoforest Trail Blazer:
  1. Mohamad Zikri Hashim (4 Budiman)
  2. Mohamad Hasri Hamid (4 Budiman)
  3. Mohamad Rizal Razali (2 Cemerlang)
  4. Mohd Azrol Hafiz Aslan (2 Bestari)
  5. Mohammad Aizat Samsudin (4 Budiman)
  6. Mohd Faizal Adnan (2 Harmonis)
  7. Muhammad Syakir Yaafar (4 Budiman)
  8. Mohd Amirul Asraf Syariff (2 Dedikasi)
  9. Mohd Syamirul Zikri (2 Dedikasi)
  10. Maznah Abd Rashid (4 Budiman)
  11. Nurul Izzati Rahim (4 Budiman)
  12. Siti Aisyah Bahari (2 Dedikasi)
  13. Nur Hazirah Halim (2 Harmonis)
  14. Nurul Amiera Zakaria (2 Harmonis)
  15. Nurul Atikah Md Isa (2 Harmonis)
  16. Nur Syawani Bahari (2 Madani)
  17. Nor Syawani Desa (2 Dedikasi)
  18. Rashidah Abu Bakar (2 Cemerlang)
  19. Nur Ain Adilla Hassan (2 Cemerlang)
  20. Nor Natasya Shuib (1 Cemerlang)
  21. Nor Iqlima Din (2 Madani)
  22. Nor Syamira Shaari (2 Madani)
  23. Yahya Abd Rahman (4 Inovatif)
  24. Fatimah Dahaman (2 Madani)
  25. Nur Izyan Awang (4 Inovatif)
  26. Norita Mahamad Amin (4 Perdana)
  27. Nur Amalina Mangsor (4 Perdana)
  28. Zubaidah Isa (4 Inovatif)
  29. Nor Shuhada Ibrahim (4 Perdana)
  30. Nor Hana Fatihah Nazri (4 Inovatif)
  31. Nur Hidayah Ideris (4 Inovatif)
  32. Nur Hafizah Jafari (2 Madani)
  33. Darlene Ann Morris (2 Madani)
  34. Rohani Ahmad (2 Madani)

Thursday, June 12, 2008

Pesta Pantun 2008: SMK Kedawang johan

Pesta Pantun 2008 Sekolah-sekolah Menengah Daerah Langkawi telah diadakan pada 12 Jun 2008 bertempat di Dewan Seri Semerbak SMK Kedawang, Langkawi. Sebanyak lima buah sekolah telah mengambil bahagian iaitu SMK Tunku Putera, SMK Kedawang, SMK Kelibang, SMK Ayer Hangat dan SMK Langkawi Pulau Tuba. Pertandingan yang pertama kali diadakan ini bertujuan untuk memilih wakil Daerah Langkawi ke peringkat Negeri Kedah. Pertandingan sengit berlangsung selama empat jam dan SMK Kedawang telah berjaya menjadi johan. Ia juga terpilih bagi mewakili daerah Langkawi ke peringkat negeri Kedah. Gelaran Pemantun Terbaik Keseluruhan juga menjadi milik wakil dari SMK Kedawang.


Wakil SMK Kedawang bersama guru pengiring:
Muhammad Hamizan
Nurul Izzati
Anisah Sulaiha
Mohamad Rahil